Wednesday, 18 May 2016
BEST TAK IPHONE ?
Yess..of coz best sebab saya pengguna IPHONE 6 hihi itupun gara-gara memenangi peraduan Mac yang lalu...ok apa yang menyebabkan IPHONE ni best yek ..jom kita tgk..
1. Rekabentuknya yang best simple but nice...
- Semua orang tahu reka bentuk i phone simple tapi mempunyai elegant yang tersendiri. I phone senang digenggam dan dibawa ke hulu hilir langsung tak berat ok !
2. Handphone Iphone susah nak diserang virus ye ke ???
- Antaranyalah because bluetooth tak semesra alam ..hihi so kebarangkalian nak terkena virus tu kurangle...
3. Carian yang pantas dan laju ..hihi
- Tapi bergantunglah pada GB internet yang ada hihi mcm aku guna Red One dan sokongan tambahan Yes 4G 7 gb ..so sebulan untuk wifi lebih kurang Rm100..yelah mana taknya nak tgk cerita Korea bagai haha..
4. Aplikasi yang ditawarkan juga hebat-hebat nak tau apa dia review lah sendiri ye..
5. Gambarnya jelas dan cantik terbaiklah !!
6. Jenama yang hebat pasti keyakinan meningkat ! itu akulah tak tahulah korang hihi...
Apapun I LOVE I PHONE 6 .....
KOLEKSI PANTUN BUDI
Payah kami menabur padi
Nenas juga ditanam orang
Payah kami menabur budi
Emas juga dipandang orang
Tinggi bukit gilang-gemilang
Air laut tenang-tenangan
Budi sedikit tidakkan hilang
Itu menjadi kenang-kenangan
Jentayu burung jentayu
Hinggap dibalik pokok mayang
Bunga kembang akan layu
Budi baik bilakan hilang
Biarlah orang bertanam buluh
Mari kita bertanam padi
Biarlah orang bertanam musuh
Marilah kita bertanam budi
Ayam jantan siayam jalak
Jaguh Siantan nama diberi
Rezeki tidak saya tolak
Musuh tidak saya cari
Jikalau kita bertanam padi
Senanglah makan adik-beradik
Jikalau kita bertanam budi
Orang yang jahat menjadi baik
Baik-baik makan keladi
Keladi itu ada miangnya
Baik-baik termakan budi
Budi itu ada hutangnya
Buah nenas bawa berlayar
Dimakan sebiji di Tanjung Jati
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Tenanglah tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik rasa nak junjung
Cindai bercorak penuh berpita
Pakaian anak Panglima Garang
Emas dan perak pengaruh dunia
Budi yang baik dijunjung orang
Jangan suka mencabut padi
Bila dicabut hilang buahnya
Jangan suka menyebut budi
Bila disebut hilang tuahnya
Kalau keladi sudah ditanam
Jangan lagi meminta talas
Kalau budi sudah ditanam
Jangan lagi meminta balas
Singgah ke pulau menggali ubi
Kalau ke beting berdayung juga
Sepuluh kali kita berbudi
Kalau miskin terbuang juga
Sudah lama memakai gelang
Gelang berukir sirama-rama
Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan nama
Mati kayu karena benalu
Patah layu dahannya mati
Mati Melayu karena malu
Kalah Melayu termakan budi
Mencari ikan belida
Terpancing pula si ikan keli
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali
Jauh sungguh pergi mandi
Setapak jalan lewatkan huma
Berat sungguh menanggung budi
Seribu tahun takkan lupa
Ragi pulut dalam kati
Tapai manis dalam kuali
Selagi hidup dalam pekerti
Sampailah mati dalam budi
Pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
lalu diambil untuk dimakan
Hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati
budi tuan tuhan balaskan
Kain prai baju prai
Pakaian anak raja Yamtuan
Badan berkecai tulang bercerai
Barulah lupa budimu tuan
Sumber Alias Hamzah..
KATA -KATA HIKMAH RENUNGAN BERSAMA
KATA-KATA HIKMAH UNTUK RENUNGAN BERSAMA
1. "Kalau hidup ini pahit, Allah lah gulanya"
2. “Tidak perlu kenal bertahun-tahun. Orang yang sudah mencintai Allah, maka akan dengan mudah ia mencintai orang yang juga mencintai Allah.”
3. Ujian yang Allah beri tu kadang-kadang hati kita rasa tak sama.Semua bergantung pada tahap iman kita.
4. Kalau iman tengah tinggi macam gunung.. datang la ujian besar mana, kita boleh lalui dengan tenang..yela, iman tengah bertambah..
5. Kalau iman dalam keadaan lemah longlai..berkurang.. ujian sekadar jentikan dari Allah kita dah rasa macam tsunami yang menimpa..walhal benda kecil je pun.
6. Tapi apa yang Allah beri pada kita, memang betul-betul sesuai pada ukuran iman dan kemampuan diri kita untuk hadapi. Tak mampu, Allah takkan beri.
7. Jangan bandingkan ujian orang lain dengan ujian kau. Setiap orang tak sama. Alangkan saiz kasut... saiz baju pun berbeza-beza, inikan ujian kiriman Tuhan..
8. “Merantaulah. Gapailah setinggi-tingginya impianmu. Bepergianlah. Maka ada lima keutamaan untukmu; melipur duka dan memulai penghidupan baru, memperkaya budi, pergaulan yang terpuji, serta meluaskan ilmu”
9. Sungguh, bukan mekap, beg tangan, baju seluar, kasut tumit, yang membuatkan kita cantik di mata Tuhan.
Yang membuatkan kita cantik di mata Tuhan adalah kerana kita menepati indikator perempuan yang mukminah lagi solehah.
10. Mengejar manusia kita akan lelah. Kejar Tuhan inshaAllah kita takkan rebah.
11. Kerana egolah Azazil merasakan dirinya lebih baik penciptaannya dari Adam.
12. Bukan mudah nak sayang seseorang kerana Allah.Tapi lagi payah nak membenci orang kerana Allah.
13. Dan ketika aku menjauhi-Mu, Kau tidak berkurang apa-apa walau sezarah, dan bila Kau mula menjauhiku walau sekali kelip mata, aku kosong tak bermakna.
14. untuk mengajar orang tentang ketinggian Allah dan Islam, kita mesti terlebih dahulu merendahkan hati sendiri.
15. Maafkan semua orang sebelum tidur.Bersangka baik dengan Tuhan dan manusia.Tak payah simpan amarah dan dendam.Itu cuma beban yang meletihkan jiwa.Jiwa bukan sudah cukup terbeban?
16. Memaafkan orang lain, bererti memaafkan diri sendiri. Ya Allah, jadikan kami orang yang senang meminta maaf dan memberikan maaf.
17. "Allah itu, lebih dari cukup. Lebih dari segala-galanya. Kau ada Allah, kau ada semuanya."
18. "Yang cantik belum tentu setia. Yang setia sudah pasti cantik. Bila ia tidak cantik di matamu. Setidaknya ia cantik, di mata Tuhan.."
19. Kalau sayang, hargai.Kalau benci, maafkan.
Kalau diterima, manfaatkan.
Kalau dikhianati, doakan.
Kita sentiasa punya pilihan untuk berbuat yang baik, jangan sekali-kali berlaku kejam pada orang lain
20. Tak semua mereka yang peduli itu, mampu mengungkapkan rasa prihatin mereka dengan kata-kata.
21. Ditanya Saidina Ali berapa jauh jarak langit dan bumi? Jawab Ali sedekat doa yang mustajab
22. "Belajar untuk bezakan, menasihati ataukah menghakimi? Kerana yang kau nasihati itu manusia yang (masih) punya hati.."
23. "Jangan berduka, bila berduka syaitan suka, sebab saat itu hati kita terluka, mudah syaitan hasut ke jalan murka, lalu mengheret kita ke neraka..."
24. Kadangkala hati itu perlu kosong sebelum dapat diisi dengan rahmat Allah. Berbahagialah kepada mereka yang hati terasa kosong, kerana Allah sedang membersihkan hatimu.
25. "Allah akan hancurkan hati orang yang ia sayang berkali kali sehingga tiada harapan untuk dunia ini. yang ada hanya harapan untuk Dia saja..bagi yang mencari cinta Allah bersedialah menerima hakikat ini.."
-Abd Qadir Al-Jailani-
26. terjumpa atau tidak terjumpa dua-dua pasti ada hikmah..cause Allah does not create something in vain.dan ya...dalam Islam tiada kebetulan. semuanya berlaku dengan kehendak Allah...
hanya Allah..
27. Dua kekasih yang tidak boleh bertemu dalam satu masa (di dalam hati) iaitu: Kasihkan Allah dan kasihkan maksiat.
28. Bila Tuhan tak beri apa kau minta, bersyukurlah. Dia tahu kau tidak mampu menanggung keperitan bila hal itu tidak seperti yang kau sangka. Dia kenal kau, dan hati kau, lebih dari kau kenal diri kau sendiri.
29. Cinta adalah doa. Selagi kita berdoa, selagi itu ada cinta. Bukan, bukan untuk sesama manusia saja. Pada Allah tentunya. Ada doa bermakna kita masih bergantung harap padaNya ; satu-satunya pemberi cinta. Moga DIA mengasihi kita dengan cintaNya yang Maha Agung.
30. Hidup dalam fitnah akhir zaman, jalan ke neraka 'lebih lurus' berbanding jalan ke syurga.
31. Ade sahabat yang tidak di sisi kita, tapi nama kita sentiasa dalam doa dia.
Allahurabbi. Sayangi dia.
32. Istighfar akan mengembirakan hatimu
33. semua yang berlaku tiada yang tiba-tiba ianya dari taqdir Allah di bawah kuasa keizinan dariNya Astaghfirullah,Alhamdullilah Allahuakbar!
34. "Tapak kaki kita kalau dah keras,pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya sudah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang lembut,terpijak duri sikit sahaja sudah berdarah. Demikianlah juga hati,kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa."~TGNA~
-Mari beristighfar(Astaghfirullahal'azim)
35. Sesungguhnya iman dalam dada seorang itu lusuh sebagaimana lusuhnya pakaian. Maka mohonlah kepada Allah taala agar Dia memperbaharui "iman dalam hati kamu
(Hadis Riwayat al Haisani)

~Ayyuhan naas...sollu 3la an-Nabi..~
37.Guru murobbi ummah, Tanpa murobbi aku tak kenal Robbi.
38. Guru itu buku yang berkata-kata,Guru itu rotan yang bergerak;Guru Murobbi Ummah.
39. Jadikan rasullullah SAW contoh guru yg terbaik. Dialah Mualim, muadib, murabbi, mursyid & mudaris sepanjang zaman..
andai saja Allah menciptakan flatus itu berwarna..
Tuesday, 17 May 2016
Koleksi Peribahasa Melayu
Koleksi Peribahasa Melayu
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
Bbiar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
Saturday, 14 May 2016
Salam pagi dari JOHOR cerita tentang JDT
Salam semua..tentunya pagi ini rakyat jelata Johor ceria sangat-sangat sebab hihi Cuti hari ni ! Terima kasih kepada team JDT kerana memenangi perlawanan Piala FA malam tadi ..so kami sebagai warga negara Malaysia yang dilahirkan di Johor ni berasa berbangga dan gembira sebab kerana JDT menang dan melakar sejarah...Tahniah diucapkan...yahooo..cuti.............!!!
Sunday, 21 February 2016
Ikan bilis tamban goreng kicap yang sedap !
Salam meh saya kongsi resepi ikan bilis tamban goreng yang sedap dimakan ketika malas nak masak benda yang kena rendam dulu like fish ke ayam ke dan seumpamanya tu..
RESEPI IKAN BILIS TAMBAN GORENG BERKICAP
Segenggam bilis tamban ( hitam warnanya ) dibasuh bersih/disalut tepung bagi goreng dulu garing..
sebiji bawang merah -hiris
3 ulas bawang putih -hiris
2 biji lada merah-hiris
5 batang cili-hiris
minyak agak-agakle
sebiji limau kasturi...
1. Kesemua bahan tadi ditumis garing...masukkan bilis tamban goreng tadi pas tu letak kicap jenama KIPAS UDANG ....pas tu last sekali agak2 nak banyak kuah ke tak ...pas tu ambil sebiji limau kasturi perahkan ke atasnya ! Siap!!!!
SEDAPNYA !!!!!
Pic..belum sempat snap dh licin dah...................:)

Sunday, 14 February 2016
Review foundation apa paling best!
Salam semua!
Ramai tercari-cari apakah foundation paling best dipakai kat mukakan??
Ok saya pernah pakai foundation ni
Ramai tercari-cari apakah foundation paling best dipakai kat mukakan??
Ok saya pernah pakai foundation ni
HASILNYA SUPERB DAN FLAWLESS!!TRYLAH! Harga + RM120